BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 1 May 2011

Kecantikan Sebenar.


Pelakon jelita , Audrey Hepburn sering ditanya tentang rahsia kecantikannya. Para peminat dan wartawan acap sekali meminta pelakon itu memberitahu, bagaimana dia menjaga bibirnya yang mungil , mata yang lembut dan bercahaya, bentuk badan yang menarik, rambut halus bersinar serta wajah manis dan tenang.

Pada 1992 , ketika usianya 62 tahun, Audrey mencipta sebuah puisi tentang kecantikan wanita yang sejati bagi menjawab segala pernyataan yang sering diajukan padanya itu. Setahun kemudian , iaitu pada 20 Januari 1993, pelakon jelita itu meninggal dunia.

Pada hari pengebumiannya , puisi tersebut dibacakan semula.

Antara bait-bait puisi itu berbunyi..



♥ Supaya bibirmu kelihatan menawan, tuturkanla kata-kata yang baik.

♥ Supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain.

♥ Supaya bentuk badanmu langsing, kongsilah makanananmu dengan mereka yang lapar.

♥ Supaya rambutmu lembut mengurai, biarkan anak-anak membelainya setiap hari.

♥ Supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan.

♥ Manusia perlu diperbaiki, diperbaharui, dipulih, ditebus, diselamatkan. Jangan pernah pinggirkan sesiapa.

♥ Ingat, jika engkau perlukan bantuan, engkau akan temuinya dihujung kedua-dua tanganmu.

♥ Apabila engkau meningkat tua, engkau akan dapati yang engkau mempunyai dua tangan, satu untuk membantu dirimu dan satu lagi untuk membantu orang lain.

I love poetry Audrey Hepburn




                                   
-Audrey Hepburn-

No comments:

Post a Comment