BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 2 April 2011

Implikasi Mudah Mengenai Fesyen Terhadap Perempuan Dari Kaca Mata Lelaki

Perempuan yang memakai seluar jeans memang mengasyikkan. Bentuk pinggang dan punggung mereka akan menceritakan segalanya. Ya, mungkin menjadi point untuk sekumpulan lelaki bercerita apabila ternampak gadis hot yang baru saja lalu di depan mata dengan memakai skinny jeans dengan sexy-heel. Apakah klasiknya antara jeans dengan perempuan?

1. Heel yang seksi hanya elok di padankan dengan skinny jeans. Legging? Kurang sesuai. Mini-skirtAwesome! Memakai heel dengan seluar jeans yang jenis bell-bottom (ukuran bukaan kaki yang besar) akan menjadikan heel yang seksi menjadi penyapu sampah. Straight jeans pun sebenarnya agak kurang sesuai dipadankan dengan heel. Dan jangan lupa juga untuk TIDAK memakai heel dengan seluar track-suit ketat. It's lunatic.

2. Memakai jeans yang ketat seperti skinny jeans or straight ladies jeans memerlukan wanita membawa beg tangan.Perempuan tidak di sepatutnya membawa dompet walaupun dompet nya berjenama Guess sekalipun.  Dompet, bila di masukkan ke dalam poket seluar jeans yang ketat itu, amatlah pelik bentuknya. Seperti nampak benjolan di punggung. Malah, dompet yang mahal tu pun menjadi leper sebab di hempap dengan punggung sewaktu duduk di kerusi. Letak dalam kocek sekalipun, agak susah hendak berjalan apatah lagi cat-walk. Apatah lagi hanya di pegang, kepit di ketiak. Penat dan tidak selesa. Jadi, bawalah beg tangan.

3. Opss, beg tangan mudah di ragut? Baiklah, jika di katakan dompet mudah di bawa kerana tidak berisiko dari di ragut berbanding beg tangan, pakailah seluar jeans yang longgar agar dompet boleh di masukkan dengan mudah. Jika merasakan mahu juga memakai skinny jeans. Gunakan bag case yang kecil berjaring-jaring seperti yang selalu di jual di kedai cenderahati. Kecil, mudah, hanya isi kad pengenalan, lesen memandu dan duit kertas. Paling tidak pun sebuah gincu dan eye-liner. Heh, perempuan dan make-up tak dapat dipisahkan.

4. Kebanyakkan lelaki sebenarnya merasakan amat leceh untuk menjaga beg tangan perempuan sewaktu perempuan ke tandas. Terasa janggal walau mahu nampak gentleman. Maka sebenarnya, lelaki tidak akan berasa perempuan itu sebagai selekeh jika dia tidak membawa beg tangan. Lelaki sukakan benda yang mudah dan tidak remeh. Secara tidak langsung, bag case yang kecil seperti di bincangkan tadi adalah paling efficient.

5. Akan ada lelaki yang punyai mata helang boleh men-detect sama ada perempuan itu pernah melakukan hubungan seks atau tidak dalam hidupnya melalui pengamatan terhadap bentuk punggung perempuan yang memakai seluar jeans ketat. Dalam istilah lelaki, ia di panggil 'dah pernah kena' atau masih 'freshie' lagi. Macam mana bentuknya, itu rahsia lelaki. Namun, ia hanya hipotesis, belum teori.

6. Jika perempuan yang pergi ke klub atau majlis seperti gathering contohnya, dan mahu mendapatkan perhatian. Jangan pakai jeans. Pakai lah skirt, mini skirt, atau long-blouse. Sebab jeans terlalu commondi mata lelaki. Lelaki perlukan sesuatu yang nampak lain dalam kalangan yang serupa. Seperti 9 perempuan pakai jeans, 1 perempuan pakai skirt. Mestilah yang pakai skirt akan jadi perhatian.

7. Jenama jeans bukanlah suatu peranan besar bagi sesetengah perempuan. Ada yang asal cantik, ok lah. Tapi banyak perempuan kini gilakan jenama. It's obvious. Levi's adalah typical brand. Sebenarnya memakai jeans berjenama bukanlah suatu status. Ia hanya menyedapkan hati si pemakai. Keyakinan melangkah kaki sewaktu berjalan. Namun, prinsip ini jika di aplikasi dalam keagamaan. Ia di panggil 'jiwa materialistik'.

8. Wajar atau tidak perempuan itu memakai jeans adalah terletak kepada akal masing-masing. Soal maruah, takwa dan perilaku adakalanya terlalu rawak untuk di letakkan maksudnya ke atas pemakaian seluar jeans. Contohnya, memakai jeans yang ketat berdosa kerana menampakkan bentuk tubuh kepada umum. Oleh itu, pakailah seluar yang longgar atau memakai long-skirt. Persoalannya, mengkritik memang mudah, tindakan? Kosong.

9. Ini kerana, setiap pandangan dari seseorang lelaki terhadap perempuan yang mengenakan skinny jeans berbeza. Jika tanya pada penulis, ia biasa saja. Tanya kepada playboy, dia akan kata WOW!. Tanya pada lelaki beragama, dia akan cakap nauzubillah. Rawak bukan?

Whatever it is, pemakaian jeans dalam fesyen wanita semakin kelakar. Trend gadis yang memakai shawls, baju ketat berlengan panjang, cardigans, dan skinny jeans agak semakin ramai kini. Apatah lagi dengan kewujudan harem-pants dan macam-macam lagi. Pengaruh Yuna? Pengaruh Maria Elena? Fatin Liyana? Miera Liyana? Mungkin. But, fesyen sebegini banyak menggelengkan kepala ramai lelaki. Sampai ada yang terpacul mulut, "Baik tak payah pakai tudung, tiada beza dosanya". Ohhh, life is hard kan?

p/s : Last-last pakai sneakers dan baju kurung cotton. Setel!


No comments:

Post a Comment