BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 2 April 2011

Kisah Si Bunga

Tersebut satu cerita. cerita si bunga dan si kumbang. si bunga baru tumbuh di kawasan baru. tumbuh dengan mekar dan wangi.


Tiba2, datang seekor kumbang. Si kumbang mohon menetap di kelopak si bunga. Tanpa ragu2 si bunga memberi izin.


Si bunga berasa bahagia ditemani si kumbang. si kumbang juga begitu. si kumbang kata : bunga ada kumbang, kumbang ada bunga. si bunga hanya tersipu2 malu.


Si kumbang sentiasa ada di sisi bunga. Bila bunga sedih, si kumbang pun sedih. si kumbang selalu bimbing si bunga bila bunga hadapi kesusahan.


Mereka berjanji untuk menempuh hari2 yang datang bersama. si kumbang sangat prihatin dan sentiasa menjaga si bunga. bertuahnya si bunga.


Pada suatu hari, bekalan makanan di kawasan mereka sudah habis. si kumbang terpaksa meninggalkan si bunga untuk pergi merantau mencari makanan. si bunga berasa sedih.


Kini, tinggallah si bunga keseorangan. si bunga sentiasa risau dengan keadaan si kumbang. sihatkah kumbang? sudah makankah kumbang? semakin hari, si kumbang semakin sibuk mencari makanan. sehingga si bunga berasa dirinya sudah tidak penting lagi.


Si bunga sedih. bila si kumbang datang, pasti si kumbang dimarahi. sedangkan selepas tu, si bunga memarahi dirinya balik kerana berbuat begitu kepada si kumbang. si bunga cuma mahukan si kumbang yang dulu, yang menghargai bunga. tapi si kumbang tak paham.
Semakin lama, hubunga bunga dan kumbang semakin renggang. si bunga masih dengan marah dan egonya. si kumbang pula masih dengan tidak memahami dan menghargainya.



Si bunga tak tahu bagaimana nak membuat si kumbang mengertinya. sehingga si bunga menyuruh si kumbang pergi. si bunga terkejut kerana si kumbang memang benar2 pergi meninggalkannya.


Si bunga menangis teresak2. si kumbangnya telah tiada.


Semakin lama, si bunga semakin layu. si bunga sudah tidak berselera untuk minum air. tapi si bunga tak berputus asa. si bunga sayangkan hubungan si bunga dan si kumbang. si bunga cuba berusaha pujuk si kumbang.tapi.........hm. rupanya si kumbang dah ada bunga baru.


Hari demi hari berlalu. si bunga terpaksa berdikari jalani hidup dengan tanpa si kumbang. si bunga kena kuat. sekarang, si bunga cuba untuk muhasabah dan perbaiki diri. hati si bunga sudah cukup hancur dan tak mampu untuk menerima kumbang yang lain. biarlah dia menutup kelopaknya buat sementara waktu. biarlah masa yang merawatnya. InsyaAllah, suatu hari nanti si bunga akan kembali mekar semula dan mengharumi kawasan di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment